Saturday 20 August 2011

Inflasi Dan Kerosakan Ekonomi

Firman Allah bermaksud;
" Telah zahir bencana/kerosakan di darat dan di laut, kerana usaha tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (balasan) perbuatan yang mereka lakukan, mudah-mudahan mereka kembali (bertaubat)...
( Ayat 41 surah Ar-Ruum )



Balik kerja saya selalu mengunjungi pasar ramadhan di Alma, cuma tahun ni kurang membeli juadah, tak tau pulak kenapa...
Bila ronda2 kat pasar ramadhan tu saya perhatikan harga kuih muih berbeza dengan tahun2 sebelum ni, kalau dibanding dengan setahun atau dua tahun lepas. Kalau beli pun dah tak banyak maybe takut membazir kot..tak pun sebab jaga budget..ngee
Ramai juga saya dengar ulasan ustaz2 sebelum ni tentang ayat di atas. Kerosakan di darat lebih cenderung ditafsirkan tentang malapetaka seperti gempa bumi, tsunami dan lain2. Ada juga ulama  menyatakan jenayah yang berleluasa adalah sebahagian daripada 'kerosakan' di darat.
Saya berpendapat dan ingin memanjangkan, apa2 yang menyebabkan ketidaksejehteraan atau kebajikan yang hilang juga satu kerosakan. Ya, angkara siapa? tangan2 manusia itu sendiri.
Kalau satu atau dua tahun lepas RM1 saya boleh kuih 3 biji, RM2 dah boleh 6 biji..simple math. Tapi this year RM2 saya mampu dapat 5 biji kuih sahaja. Kemana hilang 1 biji kuih lagi? Penjual simpan ke? ke jatuh tengah jalan..
Kuih sebiji itu ditelan oleh inflasi.
Perubahan harga keseimbangan kuih yang ditentukan oleh permintaan dan penawaran dalam pasaran persaingan sempurna telah berubah..Ketidakseimbangan harga pasaran dan inflasi juga satu "kerosakan di darat". Kebajikan yang hilang..kebajikan ialah sesuatu yang tidak dapat disentuh tetapi dapat dirasa dan dinikmati.
Siapa yang membuat kerosakan? tangan tangan manusia itu sendiri. Ramai yang akan menyanggah kenaikan harga barang adalah disebabkan kenaikan harga bahan mentah global. Itu adalah alasan mudah semudah menunding jari, cuma mengambil masa beberapa saat untuk berbuat begitu.
Persoalan pokok masih menyatakan kerja kerja tangan manusia itu sendiri. Kalau sumber tidak diuruskan dengan baik, berlaku ketirisan, pembaziran sumber dan sebagainya akan menyebabkan harga mentah juga meningkat. Adakah sumber ekonomi diurus dengan baik? Adakah diserah kepada tangan2 merekan yang amanah?
Jika perkara(urusan) diserahkan kepada mereka yang tak beramanah tunggulah kehancuran...
Ramai yang tidak menyedari kerosakan ini


"Apabila dikatakan kepada mereka, Janganlah kamu membuat kerosakan di bumi, mereka berkata, Kami hanyalah orang2 yang membetulkan. Sesungguhnya, merekalah orang2 yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak menyedari " (2:11-12)


"Dan janganlah mentaati perintah orang2 yang membazir ( berlebihan), yang membuat kerosakan di bumi, dan tidak membetulkan." (26:151-152)


P/s : Mengundi pun kerja kerja tangan juga kan?



Friday 27 May 2011

Kenaikan tarif elektrik....rakyat terus terhimpit

Kenaikan tarif elektrik yang hanya akan diperincikan butirannya Isnin ini mungkin menyaksikan kenaikannya dilakukan secara berperingkat-peringkat demi mengelakkan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah terus merudum menjelang Pilihan Raya Umum.

Walau bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, strategi Umno-BN ini tidak memberikan sebarang makna kepada rakyat memandangkan ketirisan subsidi kepada kroni masih diteruskan kerajaan pemerintah.

“Kalau ia (tarif elektrik) tak naik, juga bermaksud pilihanraya sudah dekat (tetapi ) kerajaan akan naikkannya selepas pilihanraya, jadi isu tarif ini tidak selesai.


“Mereka hanya buat sedikit perubahan untuk menahan sekejap (kenaikan) sahaja tetapi mereka tidak selesaikan masalah ketirisan subsidi kepada kroni-kroni yang kaya,” kata Tian kepada TV Selangor.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menuntut kerajaan menyemak semula perjanjian berat sebelah antara syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut Anwar, perjanjian tersebut hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni yang rapat dengan pemerintah, sedangkan rakyat terpaksa menanggung beban akibat kenaikan tarif elektrik.

Jelas beliau, perjanjian itu sebelum ini direka untuk memastikan 26 syarikat IPP dilindungi dari sebarang risiko kenaikan harga bahan api seperti gas, disel dan arang batu menyebabkan TNB terpaksa menanggung akibat jika berlaku kenaikan harga.

Walau bagaimanapun berikutan perjanjian itu, Petronas terpaksa mengeluarkan dan membeli gas asli pada harga yang lebih mahal dan kemudiannya menjualnya semula pada kadar harga subsidi tetap.

“Hakikatnya kos subsidi gas ini telah melonjak kepada RM 22 billion setahun jika dikira menurut kadar harga semasa minyak mentah serta gas asli,” kata Anwar dalam satu kenyataan akhbar.

Justeru itu katanya, ekoran perjanjian yang rumit dan berat sebelah itulah rakyat Malaysia terpaksa membayar tarif elektrik yang tinggi.

Majlis Ekonomi Negara (NEC) yang bermesyuarat hari ini meluluskan kenaikan tarif elektrik dan butirannya akan diumumkan Isnin depan.

Saturday 21 May 2011

Kenaikan harga barang bakal mengundang kesan" himpitan ekonomi"...

Subsidi : Jangan Anggap Rakyat Penagih Candu

CHERAS 21 MEI : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri Najib Razak kerana menganggap pemberian subsidi untuk barangan keperluan rakyat sebagai "candu" yang mesti dihentikan.

Menurut Anwar, dalam keadaan ekonomi yang semakin mendesak serta kos hidup semakin tinggi, langkah kerajaan menaikan lagi harga barangan bakal menyusahkan lagi rakyat.

"Candu apa ? Bagi subsidi sikit kepada rakyat, candu ? Yang diberi kepada tauke tak apa ? Subsidi rakyat RM4 Billion. Subsidi IPP RM19 Billion. Apakah (Najib) berani tak panggil Genting San-Yen, Malakoff, Ananda, YTL penagih candu, berani ?," kata Anwar.

"Kalau miskin, memang tanggungjawab kerajaan beri bantuan. Ini bukan nak tolong rakyat miskin, tetapi tuduh mereka penagih candu. Tapi tolong Genting San Yen semua, berbillion ringgit, boleh ! Kepada orang kampung, candu. Ini saya tak boleh terima," tegas Anwar.

Beliau berucap di hadapan kira- kira seribu hadirin di Majlis Ceramah Perdana di Dewan Serbaguna Cheras Baru hari ini.

Najib dalam ucapan beliau di Pusat Pengajian Islam di Oxford 17 Mei lalu menyatakan subsidi ibarat “candu” yang perlu dikurangkan secara berperingkat- peringkat untuk mengawal defisit bajet.

Justeru, harga Petrol RON95 dan Diesel turut dijangka meningkat dalam masa terdekat berikutan pengumuman beberapa Menteri yang meminta rakyat 'bersedia' dengan kenaikan harganya.

Anwar menyatakan UMNO cuma menghalalkan kenaikan harga minyak dengan membandingkan dengan harga petrol di Singapura - negara yang tidak mempunyai sumber minyak mentah dan taraf hidup jauh lebih tinggi dari Malaysia.

Menurut Anwar lagi, rakyat Singapura sendiri berfikir untuk perubahan walaupun telah maju kerana tahu mereka boleh menjadi lebih baik.

"Gaji mereka lebih tinggi? Rasuah jauh lebih kurang dari di Malaysia. Pembangunan Tinggi," kata Anwar.

"Tapi babak demokrasi berat sikit. Tapi itupun, parti Pembangkang dibenarkan bercakap di TV. Walaupun maju dan stabil, rakyat masih nak berubah sebab mereka berfikir Singapura boleh menjadi lebih baik," kata Anwar.

Saturday 14 May 2011

Kalau nak tau hadith tu sahih, tengak la perawinya..kalau nak tau pelakon tu tulin tengok la sapa yang tayang..

Saturday, May 14, 2011


Pandangan Dr. Sheikh Wahbah Zuhaili (Ulama Fiqh Tersohor) Tentang Isu Seks Anwar

Dr. Professor Sheikh Wahbah Mustafa Az-Zuhayli merupakan seorang ulama dari Syria yang merupakan pakar dalam undang-undang Islam serta falsafah perundangan Islam.

Beliau merupakan ulama yang mempertahankan aliran akidah Ashari dan juga Maturidi dan mewajibkan muslim awam mengikuti salah satu dari 4 mazhab. Tidak mengikut mazhab tidak dilarang bagi yang berilmu tetapi elok ikut mazhab kalau tak cukup hujah dan keupayaan mengupas sesuatu hukum.

Hari ini beliau dijemput menyampaikan ceramah di Masjid Negeri Shah Alam berkenaan dengan masalah Sumpah & Qazaf. Berikut beberapa catatan menarik dalam ceramahnya yang bermula pukul 2.30 petang tadi :-
  1. Dunia memang dijadikan sebagai tempat fitnah. Fitnah dalam ertikata ujian bagi seluruh manusia. Tak ada ujian bukan dunia namanya.
  2. Para Anbiya merupakan mereka yang paling bertat menerima ujian atau fitnah. bagi mereka yang hebat-hebat, bersedialah menahan segala fitnah serta ujian. Ada yang lepas dan ada juga yang kantoi.
  3. Banyak contoh kejadian fitnah berlaku dalam zaman Rasulullah. Yang paling terkenal adalah fitnah yang melanda A'aisyah. Terang dalam kes tersebut pemfitnah perlulah membawa 4 orang saksi yang adil.
  4. Dalam kes sumpah, kedua pihak yang menuduh dan juga yang dituduh perlulah daripada mereka yang berhemah dan adil, kalau salah satu daripadanya tak boleh pakai, jangan buang masa dengan bersumpah.
  5. Video tak boleh pakai sebagai bukti persaksian dan tuduhan.
  6. Kalau persaksian keluarga menentang tertuduh boleh dipakai, tapi kalau memihak tertuduh tak boleh pakai. Jadi dalam kes Anwar, penafian ahli keluarga tak kuat.
  7. Walau apapun, nasihat beliau dalam kes Anwar Ibrahin adalah "mintalah pertolongan pada Allah. Tak payah nak layan dengan isu remeh temeh sumpah dan sebagainya".
sumber: WartaShubhi

Tuesday 10 May 2011

Lagi2 kisah gula

Pagi ni salah sorang boss aku masuk opis, you tau ka harga gula sudah naik 20 sen? blogger macam aku ni mesti la tau. Aku pun cakap la, Mr.F, kerajaan care pasal kesihatan rakyat, ok apa? Aku pun terang lagi, harga gula di Malaysia lebih rendah berbanding negara2 Asean, hahaha, tetiba sorg lagi opismate menyampuk, you ni macam orang politik la, standard punya jawapan..geram punya pasal aku pun cakap la, ni you punya pasal la Mr. C ( malas nak sebut nama, huhuhu ), you undi apa? dia pun cakap I sudah 4 kali mengundi, sekali saja pangkah BN, hahaha..lurus betul Mr.C ni, 3 kali yang lain undi DAP...

Monday 9 May 2011

Kesihatan diutamakan...gula dinaikkan

KUALA LUMPUR, 9 Mei: Bemula esok, rakyat Malaysia terpaksa membeli gula dengan harga RM2.30 sekilogram iaitu peningkatan sebayak 20 sen berbanding harga sekarang RM2.10.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom yang berkata kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

Kenaikan itu berlaku selepas lima hari rakyat negara ini dikejutkan dengan kenaikan 20 sen harga petrol RON 97 yang kini dijual dengan harga baru RM2.90 seliter

Jelas Mohd Zain, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Sebelum ini banyak pihak menyelar tindakan kerajaan dalam usaha mereka 'menyelaraskan subsidi' beberapa barangan keperluan rakyat selaku pengguna.

Kenaikan harga gula ini, turut dibimbangi akan memberi kesan kepada kepada harga makanan dan minuman pula.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Baru nak belajar berblogging..

Salam semua,
Baru nak belajar buka blog ni, tu pun blogger Budak Perak dok suruh buka, hahahaha
Lepas ni boleh la aktif cari berita pastu masukkan dalam blog, silap2 tulis dok ' dalam', redha jer la kot