Saturday 20 August 2011

Inflasi Dan Kerosakan Ekonomi

Firman Allah bermaksud;
" Telah zahir bencana/kerosakan di darat dan di laut, kerana usaha tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (balasan) perbuatan yang mereka lakukan, mudah-mudahan mereka kembali (bertaubat)...
( Ayat 41 surah Ar-Ruum )



Balik kerja saya selalu mengunjungi pasar ramadhan di Alma, cuma tahun ni kurang membeli juadah, tak tau pulak kenapa...
Bila ronda2 kat pasar ramadhan tu saya perhatikan harga kuih muih berbeza dengan tahun2 sebelum ni, kalau dibanding dengan setahun atau dua tahun lepas. Kalau beli pun dah tak banyak maybe takut membazir kot..tak pun sebab jaga budget..ngee
Ramai juga saya dengar ulasan ustaz2 sebelum ni tentang ayat di atas. Kerosakan di darat lebih cenderung ditafsirkan tentang malapetaka seperti gempa bumi, tsunami dan lain2. Ada juga ulama  menyatakan jenayah yang berleluasa adalah sebahagian daripada 'kerosakan' di darat.
Saya berpendapat dan ingin memanjangkan, apa2 yang menyebabkan ketidaksejehteraan atau kebajikan yang hilang juga satu kerosakan. Ya, angkara siapa? tangan2 manusia itu sendiri.
Kalau satu atau dua tahun lepas RM1 saya boleh kuih 3 biji, RM2 dah boleh 6 biji..simple math. Tapi this year RM2 saya mampu dapat 5 biji kuih sahaja. Kemana hilang 1 biji kuih lagi? Penjual simpan ke? ke jatuh tengah jalan..
Kuih sebiji itu ditelan oleh inflasi.
Perubahan harga keseimbangan kuih yang ditentukan oleh permintaan dan penawaran dalam pasaran persaingan sempurna telah berubah..Ketidakseimbangan harga pasaran dan inflasi juga satu "kerosakan di darat". Kebajikan yang hilang..kebajikan ialah sesuatu yang tidak dapat disentuh tetapi dapat dirasa dan dinikmati.
Siapa yang membuat kerosakan? tangan tangan manusia itu sendiri. Ramai yang akan menyanggah kenaikan harga barang adalah disebabkan kenaikan harga bahan mentah global. Itu adalah alasan mudah semudah menunding jari, cuma mengambil masa beberapa saat untuk berbuat begitu.
Persoalan pokok masih menyatakan kerja kerja tangan manusia itu sendiri. Kalau sumber tidak diuruskan dengan baik, berlaku ketirisan, pembaziran sumber dan sebagainya akan menyebabkan harga mentah juga meningkat. Adakah sumber ekonomi diurus dengan baik? Adakah diserah kepada tangan2 merekan yang amanah?
Jika perkara(urusan) diserahkan kepada mereka yang tak beramanah tunggulah kehancuran...
Ramai yang tidak menyedari kerosakan ini


"Apabila dikatakan kepada mereka, Janganlah kamu membuat kerosakan di bumi, mereka berkata, Kami hanyalah orang2 yang membetulkan. Sesungguhnya, merekalah orang2 yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak menyedari " (2:11-12)


"Dan janganlah mentaati perintah orang2 yang membazir ( berlebihan), yang membuat kerosakan di bumi, dan tidak membetulkan." (26:151-152)


P/s : Mengundi pun kerja kerja tangan juga kan?



3 comments:

  1. Agak-agak tuan tanah, kalau Pakatan Rakyat memerintah adakah kerosakan didarat dan dibumi akan hilang dari persepsi dan analisis tuan tanah.... dan 1 biji kuih itu akan di selamatkan... ????

    ReplyDelete
  2. Jangan kata karipap kita boleh selamatkan, dengan tepung talam pun kita boleh selamatkan...ngee.
    Kebajikan yang hilang ditelan inflasi

    ReplyDelete
  3. Awat tuan tanah tak begerak pun..., dah syahid ke..? Selama adakah selamanya tak update..? hehehehe

    ReplyDelete